Kekayaan Budaya, Mengupas Tradisi Hari Moyang Suku Temuan di Semenanjung Malaysia
Suku Temuan -Kolase by pagaralampos.com-Net
BACA JUGA:Mengungkap Sejarah Tambo Bayang (1915), Jejak Suku Guci dari Muaro Paneh
Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Banting, Rahman Pahat.
Hari Moyang disambut sebagai ungkapan terima kasih kepada "semangat" nenek moyang yang telah memberikan keselamatan.
kesehatan, dan rezeki kepada masyarakat Orang Asli Temuan sepanjang tahun.
Upacara ini melibatkan membersihkan kubur nenek moyang dan menghidangkan pelbagai hidangan makanan dan minuman sebagai bentuk penghormatan.
BACA JUGA:Suku Apa Saja yang Mendiami Provinsi Sulawesi Utara? Cus Cek 5 Suku Terbesarnya Guyss
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Orang Asli Busut Baru.
Samsul Anak Senin, menjelaskan bahawa setiap kampung mempunyai tarikh berbeza untuk menyambut Hari Moyang, untuk mengelakkan pertindihan aktiviti.
Ini membolehkan penduduk kampung berziarah antara satu sama lain ketika tiba hari sambutan.
Tradisi dan adat yang dijalankan semasa sambutan adalah turun-temurun.
BACA JUGA:Mengenal Salahsatu Suku Minangkabau, Sikumbang yang Memiliki Tradisi Berbeda dari yang Lain!
Dan mereka berusaha untuk mengekalkannya setiap tahun agar terus diingati dan diikuti oleh generasi akan datang.
Lebih dari 30,000 suku kaum Orang Asli Temuan menetap di Semenanjung Malaysia, kebanyakan menganut agama animisme.
Sambutan Hari Moyang bukan sekadar acara tradisional, tetapi juga merupakan bentuk kepercayaan spiritual yang memperdalam ikatan mereka dengan warisan nenek moyang dan alam sekitar.
Dalam perayaan ini, mereka menghormati dan memuliakan roh nenek moyang sebagai penjaga dan penyokong kehidupan mereka.
Cek Berita dan Artikel yang lain di Google News
Sumber: