Mengenal Tradisi Hari Moyang Suku Kaum Temuan di Semenanjung Malaysia, Merayakan Warisan Spiritual
Tradisi Hari Moyang Suku Kaum Temuan -Kolase by Pagaralampos.com-net
PAGARALAMPOS.COM - Orang Asli dari suku kaum Temuan merayakan Hari Moyang dengan penuh keseriusan dan penghormatan.
Ritual dan sembahyang dilakukan di tapak perkuburan nenek moyang mereka.
sebagai bentuk penghargaan kepada "semangat" yang dianggap telah menjaga keselamatan dan memberi kehidupan baik kepada generasi sekarang.
Sambutan Hari Moyang, atau yang dikenali sebagai 'Aik Muyang'.
Disambut dari Disember hingga Januari, dengan tarikh yang berbeza mengikut kelompok penempatan.
Suku kaum Temuan, yang merupakan suku keempat terbesar di antara 18 suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Banyak mengamalkan adat resam yang menyerupai orang Melayu, terutama di kawasan seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Pahang.
Di Selangor, beberapa penempatan Orang Asli Temuan mengadakan upacara Hari Moyang di sekitar perkampungan mereka, seperti di Pulau Kempas, Busut Baru, dan Hulu Kuang.
Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Banting, Rahman Pahat.
Hari Moyang disambut sebagai ungkapan terima kasih kepada "semangat" nenek moyang yang telah memberikan keselamatan.
kesehatan, dan rezeki kepada masyarakat Orang Asli Temuan sepanjang tahun.
Upacara ini melibatkan membersihkan kubur nenek moyang dan menghidangkan pelbagai hidangan makanan dan minuman sebagai bentuk penghormatan.
Cek Berita dan Artikel yang lain di Google News
Sumber: